Pengikut

Selasa, 20 November 2012

HASIL KRAFTANGAN-KAIT DAN SULAM

Sebahagian gambar hasil kerja tangan 




Baik untuk baby gift (hadiah) kepada kawan kawan yang mendapat cahaya mata. Bercirikan bendera Malaysia. Tel 017-7063943

Rabu, 7 November 2012

KUNYIT PUTIH DILANGKAH 3 JANDA

Perubatan Tradisional ni kadang-kadang sangat pelik. Sunguhpun pelik tetapi ada kalanya sangat mujarab. Kadang kala syaratnya yang bukan bukan. Saya bagi satu contoh penyakit kayap, ubatnya adalah dengan mencari Janda berkahwin dengan seorang bujang. Minta kepada pasangan yang bujang (asalnyala , dah kahwin tak bujang lagi. he..) untuk semburkan putik nangka dengan gula merah ke tempat kayap tersebut. Dan sungguh! ia berkesan.

Satu cerita lagi, kisah seseorang yang terkena penyakit kanser. Ubat yang perlu dicari adalah lumut laut dan pokok dedalu api yang tumbuh diatas pokok sirih. Mesti diambil pada hari jumaah. Waduh kan sangat susah dan sedikit pelik. Apapun syarat yang diberikan oleh pengamal perubatan itu sangat berkesan dan boleh pulak barang-barang tu dijumpai. Itulah kalau namanya dah jodoh. Alhamdulillah pesakit tersebut sembuh.

Sekarang saya nak cerita tentang Kunyit Putih dilangkah oleh 3 janda dalam satu keluarga. Kunyit putih ni bukan dilangkah oleh mana-mana 3 orang janda tetapi sebaliknya janda dalam satu keluarga dalam 3 generasi iaitu Nenek, Emak dan Anak dimana ketiga-tiganya adalah berstatus janda. Ingat Status ini bukan boleh dibuat-buat atau dirancang-rancang. Na.. itu semua adalah ketentuan Tuhan yang Maha Esa. 

Apa Agak Khasiat 
Apa agaknya Khasiat Kunyit Putih Dilangkan 3 Janda ni ya? Sebenarnya saya pernah bertemu dengan seorang pengamal perubatan tradisional yang mengatakan bahawa kunyit putih perlu dilangkah oleh 3 janda dalam satu keluarga barulah kunyit putih tersebut mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk tujuan perubatan. Tetapi saya tak bertanya lanjut apakah tujuan perubatan tersebut. (Apa pun kalau saya berjumpa dengan beliau kembali akan saya tanyakan). Sebab saya hanya tau khasiat kunyit putih sebagai salah satu alternatif bagi rawatan kanser. 

Apa pun, sebenarnya KUNYIT PUTIH DILANGKAH 3 JANDA ni ada dalam simpanan saya.(buat ketika ini). Cuma syarat cara ia dilangkah perlu tidak sengaja atau sengaja perlu dijelaskan. Maksud dalam simpanan saya adalah Saya ada Kunyit Putih. Saya ada Pokok Kunyit Putih dan 3 janda ni merupakan  keluarga saya. 
Maksudnya potensi itu ada jika kita membuatnya iaitu suruh mereka melangkah atau sengaja letak depan pintu supaya terlangkah dan.......apa..apa..la kan.

Sebenarnya saya pun masih tidak tahu tentang Kunyit Putih Dilangkah 3 Janda ni. sekiranya ada sesiapa tau boleh kongsikan bersama atau hubungi 012-7066365  ...


Selasa, 30 Oktober 2012

BELAJAR MENGAIT (PART 1)

Salam semua. Selamat menyambut hari raya korban. 
Hari tu saya janji nak post gambar kopiah pertama yang saya beli. lihat ni...
Amacam. masih nampak baru kan. Tu lah gambar anak saya . wah cukup bergaya !
Kopiah pertama saya dah muat dipakai oleh anak saya la pulah. Dia lah yang selalu jadi model. he..he.

Kelebihan kopiah ni adalah sangat kasual, mudah dibawa, mudah dibasuh , tahan lasak, memang sesuai dipakai pada kanak-kanak atau untuk Uniform sekolah Tadika. atau apa-apa saja la.

Kali ni saya nak tunjuk cara membuat kopiah ni dengan 7 langkah mudah (part 1)


1 . Ikat 2 benang
2.  Gunakan jarum kait
3. Mula gerakkan jarum mengunakan 1 benang.




4 hingga 7 adalah gambarajah kaitan permulaan. Saya lukis sendiri ni. Tak cantik tapi asal boleh faham la kan.
Cuba mahirkan tangan. akan datang saya sambung jalan seterusnya. apa-apa call 017-7063943 la ye.


Rabu, 24 Oktober 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Selamat Hari Raya korban untuk semua.
Pada hari raya tahun ni saya nak pakai baju melayu johor siap dengan songkok hitam dan samping. Sembahyang jumaat pula saya nak pakai baju melayu dengan kain tetapi pakai kopiah kait.

Nak cerita sikit pasal kopiah kait. Kopiah kait ni saya beli masa bujang dulu. Pakai sekali-sekali sahaja. rasanya dah sepuluh tahun tapi masih nampak baru. Masih elok lagi. Boleh pakai la.

Nanti saya up load gambar kopiah saya yang dah 10 tahun tu ye...

Hari ni saya nak uploadkan gambar burung saya.

Merbah Jambul.

Ada cerita tentang merbah ni. Saya dah bela hampir 6 bulan. Dah jinak dengan saya. Saya beri makan dedak burung dan betik. Pisang dia tak berapa suka, tapi kalau betik cukup sukala. satu hari tu burung ni dah lepas. Tak pa la dah bukan rezeki . Tapi burung ni tak nak terbang jauh, asik hinggap kat dalam kawasan ni je. Saya datang dia tak terbang jauh. Lepastu dia hingap kat sangkar kosong . Pas tu saya letak betik dalam sangkar tu. Tak lama dia masuk sendiri dan duduk dalam . Apa lagi saya pun tangkap la semula. oh masih rezeki rupanya. Ye la. beli pun harga mahal. Kalau terbang , duit pun turut terbang jugak la kan.
 Hai minat punya pasal . Nasib baik masa ni bela tak perlu lessen. Kau masih nak bertuankan aku lagi.

Isnin, 22 Oktober 2012

MENUAI HASIL KELADI TIKUS

Pada hari sabtu yang lepas , saya menjalankan aktiviti menuai hasil keladi tikus yang telah ditanam lebih enam bulan yang lalu.





Kerja-kerja dimulakan dengan mencabut, memilih buah keladi, mengasingkan dengan buah yang kecil, basuh buah keladi, hiris dan jemur. Buah yang kecil atau anak keladi yang kecil akan ditanam semula. 

Proses tanam semula.
Penyediaan tanah iaitu saya gunakan tanah kompos hitam (Tanah gambutla.) top soil dan abu bakar ditambah dengan sisa tahi ayam sebagai bahan organik. Selepas medium tanah disediakan , masukkan kedalam polybag atau pasu lalu tanamlah benih keladi tikus. tunggulah hasilnya kira-kira 6 bulan akan datang.

Hasil Tuaian
Hasil tuaian saya keringkan untuk dijadikan kapsul. Kalau nak oder bolehla call 012-7066365 Dusuntani. Kalau perlukan keladi yang segar juga boleh hubungi saya.

Khasiat Keladi Tikus
Sebenarnya keladi tikus ni berkhasiat untuk mengubati kanser. Cara menggunanya adalah dengan meminum jus keladi tikus atau kapsul keladi tikus (lebih mudah pengambilannya) Jika kita minum jus keladi tikus yang segar, akan terasa gatal di tekak. Tetapi demi untuk sihat, tak perlu risau gatal sedikit. Untuk lebih mudah pengambilan ialah dengan memakan kapsul. 1 hari perlu 6-8 kapsul baru nampah keberkesanannya. bermakna 1 bulan perlu 180 biji. Itu pun kadar yang minima dan ia juga bergantung kepada keperluan seseorang sebab setiap seorang tak sama nisbah pengambilannya.

Rabu, 17 Oktober 2012

KUNYIT PUTIH PENAWAR KANSER

Kunyit putih



Kunyit Putih. Nama Saintifik : curcuma zedoaria
Nama lain : Kunci papet, Temu rapet, Ardong, Kunir Putih

Tumbuhan yang menyerupai kunyit masak (kuning) tetapi berwarna putih dengan rasa sedikit pahit. Perlu dibezakan dengan Temu pauh atau Kunyit Puteri. Temu pauh (Kunyit Pauh) juga berwarna sedikit putih dengan warna sedikit kekuningan dan memgeluarkan aroma seperti buah kuini. Sedap dibuat ulam dengan rasa sedikit manis. Kunyit puteri pula bewarna kekuningan cair tetapi tiada berbau kuini. Rasa sedikit manis dan mempunyai buah biji dihujung akar seperti kunyit putih. Temu Pauh tiada buah biji dihujung akarnya.

Kunyit Putih adalah sejenis herbayang dipercayai boleh mengubati kanser. Jika diamalkan selalu dapat mencegah kanser dari awal. Terdapat sejenis bahan dalam kandungan kunyit putih yang akan bercantum dan menyaluti sel-sel kanser dimana bahan ini mampu merencatkan perkembangan sel-sel kanser dari terus membiak. Bahan tersebut dikenali sebagai Ribosome Inacting Protein (RIP) iaitu berasal dari kandungan protein toksis dan kurkumin.

Khasiat Perubatan

Dipercayai dapat menyembuhkan kanser, anti oksida, pencernaan, membuang angin dalam badan dan usus, rawatan kencing manis, anti radang dan mempercepatkan penyembuhan luka.


Cara penyediaannya
1. Buah atau rizomnya diparut/blend ambil airnya lalu diminum.
2. Buah dihiris nipis dan dijemur serta dikeringkan untuk dijadikan serbuk minuman atau dibuat bedak sapuan.

Kunyit segar- Rizom sebesar 3 inci atau ibu jari diparut/blend atau dihiris. Rebus menggunakan 2 cawan air dan didihkan sehingga menjadi 1 cawan. Biar sejuk dan boleh terus diminum.

Bekalan Kunyit Putih Segar
Dusuntani ada membekalkan herba kunyit putih segar RM50.00 sepaket (500gm). Harga termasuk perkhidmatan, pembungkusan dan belanja pos. Sesiapa berminat hubungi 012-7066365.

Dusuntani juga membekalkan Kapsul Kunyit Putih RM30.00 untuk 50 kapsul. Harga termasuk belanja pos.


Khamis, 11 Oktober 2012

Tempahan Kopiah




Inilah sebahagian dari tempahan kopiah  yang telah disiapkan. Tengah kejar target ni. Perlu siap secepat mungkin. Saya target hujung November mesti siap semua.

Ada sesiapa orang Johor nak belajar mengait? Bolehla call 017-7063943. Boleh juga buat duit part time kan.

Kalau yang dah pandai mengait pun boleh call kalau nak part time income dengan Dusuntani ye. Buatan mesti kemas. kalau tak Dusuntani reject.

Dusuntani juga mengalu-alukan golongan OKU yang pandai mengait untuk membuat kopiah tempahan sekolah dan kopiah untuk bazar Ramadhan tahun ni. Berminat hubungi 017-7063943

Rabu, 10 Oktober 2012

BARANG ANTIK






Hari ni saya letak gambar barang antik.
Gambar diatas adalah lampu minyak tanah yang berfungsi seperti lampu pam. Ia menggunakan minyak tanah tapi tak perlu mengepam. Memberikan cahaya yang terang seperti lampu pam minyak tanah. Masih berfunfsi dengan baik. Hanya ada 2 buah sahaja. Harga sebiji RM10000.00 - Wau mahal tu. Macam tak mau jual je.
he.he... itu nilai keantikannya

Isnin, 8 Oktober 2012

Perkembangan Kopiah kait

Rasa lama tak menulis. Sebelum raya sampai sekarang. Nak cerita perkembangan semasa. Alhamdulilah jualan kopiah di bazar hari raya hari tu menggalakkan. Jadi lebih semangat nak buat untuk stok akan datang. 

Projek terbaru  dapat tempahan dari sekolah Tadika Di Ceras. Perlu siapkan tempahan kalau ikut target akhir november. Nanti saya upload gambar kopiah untuk tatapan semua. Kalau ikutkan pengiraan memang tak sempat , tapi akan buat sedaya upaya sebab ni clien baru, mesti tunjukkan yang kita boleh penuhi barulah boleh dipercayai. Maklumlah tempahan Sekolah Tadika sediada ni pun belum siap lagi. Tapi biasanya boleh diselesaikan megikut tarikh yang ditetapkan. buat masa ni la. 

Untuk mengatasi masalah ni (nak kejar target punya pasal) dusuntani dah pun mula melatih 2-3 orang pengait-pengait tambahan. Masih dalam latihan lagi, belum mahir lagi. Nanti kalau dah mahir selamatlah jari-jari ni dari bengkok. he.he

Rabu, 27 Jun 2012

Ayam Siam Mengeram


Ayam Siam hitam

Gambar atas adalah ayam siam betina dan ayam siam jantan. Bertelur 9 biji dan dah pun mengeram 3 hari. harap-harap boleh menetas. Dijangka menetas pada 17 jul 2012. 

Pernah orang nak beli masa tu saya nak jual RM300.00 seekor untuk jantan dan Rm150.0 untuk betina. Orang tu cari ayam kampung yang bewarna hitam. Nak buat ubat ke nak buat engkong? pastu tak jadi sbb mahal. Saya offer dia betina RM70.00 dia pun tak nak. tak pa la.

Anak ayam hutan 


Ni anak ayam hutan berusia sebulan lebih . jinak sebab selalu anak saya pegang buat main. Kalau hari panas saya mandikan biar bulunya tak keras sangat. Ibunya dah mula mengeram ni. ada 6 biji. harap juga menetas.

Isnin, 25 Jun 2012

SARUNG TISU

SARUNG TISU HITAM


SARUNG TISU YANG MENAWAN

Sarung tisu berwarna putih dan hitam ni la yang kami siapkan untuk dihantar ke Selangor . Memang cantik kan?. Bila siap terus kami poskan menggunakan Pos Laju pada hari jumaat hari tu. Barang dah sampai dan dah terima pun. Terima Kasih kerana sudi membeli dari kami. Dan terima kasih kerana sangup tunggu 2 minggu untuk disiapkan.
Kepada sesiapa nak oder bolehla call 012-7063943 Suriana . Harga sarung Tisu ada pengeras RM45.00. Harga  Sarung Tisu biasa RM12.00. Harga terbaik dari kami. Belanja Pos RM7.00

Stokin Baby ni cantik tak? ini adalah sebahagian dari model kasut baby. Lain kali saya tunjuk paten yang lain.

Ahad, 24 Jun 2012

KOPIAH UNIFORM SEKOLAH TADIKA ISLAM

KOPIAH TADIKA ISLAM

KOPIAH SEKOLAH TADIKA ISLAM

Warna boleh dipadankan dengan warna baju sekolah.  Boleh disiapkan dalam satu bulan untuk tempahan 100 unit. Kelebihan kopiah ini ia boleh dibasuh, tidak mudah lusuh kerana ia dibuat menggunakan benang yang berkualiti. Lembut. Sentiasa nampak baru. Seperti gambar diatas sebenarnya kopiah lama dan ada kesan kotor (kicap ke apa, tak pun getah pisang) tapi masih nampak baru. Biasa la kanak-kanak main lasak cepat kotor. Tapi dengan hasil fabric cotton ni mudah dibasuh. sesuaila untuk uniform sekolah tadika.

Satu contoh je? Banyak lagi contoh, Biru, merah hijau dan lain-lain. Ada masa saya upload lagi.
Kalau nak oder tel 017-7063943 Pn Suriana atau 012-7066365 Sudin.

Harga terbaik RM12.00 untuk pesana lebih 20 unit