Pengikut

Rabu, 27 Jun 2012

Ayam Siam Mengeram


Ayam Siam hitam

Gambar atas adalah ayam siam betina dan ayam siam jantan. Bertelur 9 biji dan dah pun mengeram 3 hari. harap-harap boleh menetas. Dijangka menetas pada 17 jul 2012. 

Pernah orang nak beli masa tu saya nak jual RM300.00 seekor untuk jantan dan Rm150.0 untuk betina. Orang tu cari ayam kampung yang bewarna hitam. Nak buat ubat ke nak buat engkong? pastu tak jadi sbb mahal. Saya offer dia betina RM70.00 dia pun tak nak. tak pa la.

Anak ayam hutan 


Ni anak ayam hutan berusia sebulan lebih . jinak sebab selalu anak saya pegang buat main. Kalau hari panas saya mandikan biar bulunya tak keras sangat. Ibunya dah mula mengeram ni. ada 6 biji. harap juga menetas.

Isnin, 25 Jun 2012

SARUNG TISU

SARUNG TISU HITAM


SARUNG TISU YANG MENAWAN

Sarung tisu berwarna putih dan hitam ni la yang kami siapkan untuk dihantar ke Selangor . Memang cantik kan?. Bila siap terus kami poskan menggunakan Pos Laju pada hari jumaat hari tu. Barang dah sampai dan dah terima pun. Terima Kasih kerana sudi membeli dari kami. Dan terima kasih kerana sangup tunggu 2 minggu untuk disiapkan.
Kepada sesiapa nak oder bolehla call 012-7063943 Suriana . Harga sarung Tisu ada pengeras RM45.00. Harga  Sarung Tisu biasa RM12.00. Harga terbaik dari kami. Belanja Pos RM7.00

Stokin Baby ni cantik tak? ini adalah sebahagian dari model kasut baby. Lain kali saya tunjuk paten yang lain.

Ahad, 24 Jun 2012

KOPIAH UNIFORM SEKOLAH TADIKA ISLAM

KOPIAH TADIKA ISLAM

KOPIAH SEKOLAH TADIKA ISLAM

Warna boleh dipadankan dengan warna baju sekolah.  Boleh disiapkan dalam satu bulan untuk tempahan 100 unit. Kelebihan kopiah ini ia boleh dibasuh, tidak mudah lusuh kerana ia dibuat menggunakan benang yang berkualiti. Lembut. Sentiasa nampak baru. Seperti gambar diatas sebenarnya kopiah lama dan ada kesan kotor (kicap ke apa, tak pun getah pisang) tapi masih nampak baru. Biasa la kanak-kanak main lasak cepat kotor. Tapi dengan hasil fabric cotton ni mudah dibasuh. sesuaila untuk uniform sekolah tadika.

Satu contoh je? Banyak lagi contoh, Biru, merah hijau dan lain-lain. Ada masa saya upload lagi.
Kalau nak oder tel 017-7063943 Pn Suriana atau 012-7066365 Sudin.

Harga terbaik RM12.00 untuk pesana lebih 20 unit

Isnin, 18 Jun 2012

AYAM SIAM DAN AYAM HUTAN

Ayam Hutan

Saya upload sedikit gambar ayam hutan. Ibu Ayam hari ni baru bertelur sebiji. Bapa ayam (ayam Hutan) RM1000.00 Baik punya. Anak ayam hutan berumur satu bulan. Saya asingkan dari ibunya tiba-tiba ibunya betelur sebiji. Saya tak pasti telur tu ada benih jantan atau tak sebab memang belum saya campurkan dengan ayam jantan. Masa ayam ni bertelur sebijik ni, aduh dia punya bising tak tahan . berketok-ketok. tak macam dulu tak adapun nak berketok. harap telur ni boleh jadi dan ada tanda benih baik ni.   saya tunjuk sikit-sikit je. Nanti ada masa saya ambil gambar yang terang dari angle yang baik punya ye....

Ayam ni jinak. kadang saya lepas biarkan dia mandi tanah/pasir. dah puas mandi saya pangil masukan dalam sangkar balik. Ayam jantan saya dah pernah bawak tapi ayam betina belum lagi. Letak aje terus kokok. masa pasang dia diam. siap je terus kokok. best betul la.

Adabaka 4 ekor, 2 jantan 2 betina berumur sebulan. harap baik macam bapaknya la. ni tengah bela baik punya. nanti nak train , ikat tali kat kaki. La ni kecik lagi.

TOPI & KASUT BABY

TOPI & KASUT BABY BERCIRI BENDERA JOHOR

KASUT BABY  RM20.00
TOPI BABY GIRL RM20.00
1 SET RM35.00  + BELANJA POS RM7.00

SANGAT CANTIK UNTUK BABY GIRL. UMUR YANG SESUAI 1 TAHUN HINGGA X X X .
BERCIRIKAN BENDERA JOHOR. 

KALAU NAK BERCIRIKAN BENDERA NEGERI LAIN PON BOLEH..... TEL 017-7063943

POST YANG LEPAS ,SAYA DAH LETAK GAMBAR YANG BERCIRIKAN BENDERA MALAYSIA.
AKAN DATANG SAYA POST KAN GAMBAR KOPIAH UNTUK UNIFORM SEKOLAH TADIKA.

Cerita Sebenar:

Sebenarnya set gambar diatas telah di tempah oleh seorang warga China yang bekerja di Johor. Dia nak hadiahkan kepada ......... yang berusia 1 tahun. Tapi stok yang lain masih ada lagi, jangan bimbang.
Hari ni dia nak ambik tempahan tu. Memang kecoh sikit nak siapkan sebab tengah siapkan tempahan sarung tisu yang ada pengeras dan sarung tisu yang lembut. Ada saudara dari Selangor oder, bayaran telah dibuat dan kami janji siap dalan 2 minggu. Tula tengah sibuk siapkan sarung tisu tu, oder dari Warga China tu nak amik hari ni. Saya sangup je . Tapi yang buat tu kata pada saya kenapa tak mintak masa 2 minggu sebab tengah siapkan tempahan sarung tisu. Saya kata, kan benda ni boleh siap sehari, siapkan la benda yang siap sehari ni dulu , yang 2 minggu tu ada masa lagi. Akhinnya siap juga sehari , dapat la sale sementara menyiapkan sarung tisu tu. Nanti saya post la gambar sarung tisu tu ye...

Rabu, 13 Jun 2012

MINYAK WANGI- PASTINYA HALAL

Kali ni saya postkan gambar-gambar minyak wangi. Untuk pengetahuan semua, hasil dari pokok nilam , kita akan perolehi minyak pati . Dari minyak pati nilam adalah sebahagian asas untuk membuat minyak wangi. Bau pokok nilam memang wangi. Seperti pokok nilam yang saya tanam , memang mengeluarkan bau yang harum. Pantang disentuh, tangan kita pun akan berbau harum.

Satu lagi keistimewaan pokok nilam ni, yang saya tanam tak pernah dimakan ulat atau serangga lainnya termasuk siput. Rupanya seranga ni tak suka bau wangi la. Kata orang (mengikut kajian para doktor ) ia boleh dijadikan antara bahan penghalau serangga. 





Ok la. disini saya nak cerita minyak wangi

Ada 5 haruman untuk wanita. Setiap botol mempunyai warna tutup yang berbeza menunjukkan bau yang berlainan tapi tetap menawan. Memang ada nama sendiri dan ia sama seperti haruman antara bangsa . tapi tak boleh sebut disini nanti dah jadi ciplak. boleh kena saman. apa pun harganya tak mahal hanya RM10.00 sebotol.

Kalau nak berniaga kami boleh beri harga RM7.00 sebotol tapi kena ambik banyak la.
Kalau ambik 200 botol saya beri harga RM5.00 sebotol.

Bauan untuk lelaki pun ada. Tapi sekarang tak kisah lelaki ke perempuan kalau wangi dia suka dia pakai. macam sayala.

Minat call 012-7066365 sudin

Isnin, 11 Jun 2012

KOPIAH BENANG KAIT

KOPIAH BENANG KAIT

Post kali ini tiada kena mengena dengan ayam. Kali ni saya nak perkenalkan dengan Kopiah dari benang kait. KOPIAH NI BERCIRIKAN BENDERA MALAYSIA. KALAU BERMINAT TEL SAYA 012-7066365 SUDIN ATAU SURIANA 017-7063943. HARGA RM35.00. SATU SET RM45.00
OKLAH, LAIN KALI SAYA POST KOPIAH BERCIRIKAN BENDERA JOHOR YE.

LESAP TU SAYA POST PULAK KOPIAH YANG BOLEH PAKAI HARIAN ATAU KOPIAH UNTUK UNIFORM SEKOLAH TADIKA. IA KASUAL, BOLEH BASUH, BOLEH DIBUAT IKUT WARNA UNIFORM SEKOLAH DAN BOLEH DITULIS NAMA.