Pengikut

Isnin, 11 November 2013

JIMAT KAN KOS MAKANAN AYAM

Salam.
Saya menulis ni sebenarnya untuk saya laksanakan sendiri. Kalau tak tak terlaksana. Untuk menjimatkan kos makanan ayam saya beli kepala ikan bilis sekilo RM1.00. Saya beli 8 kilo. asalnya nak beli 10-20 kilo. tapi bekalan cuma ada 8 kilo.

Saya beli di pasaraya. Orang semua pandang saya " hui, banyaknya beli kepala ikan bilis'.  Nak buat apa ya. Saya pernah tanya penjual tu, orang beli nak buat apa. Bagi makan ayam kan?. "Tak lan dia buat sambal".
Wau. Penjual buat sambal menggunakan kepala dan tahi ikan bilis.

Seterusnya saya beli hampas soya. Selalu saya beli RM2.00 seplastik kira-kira 3-5kilo. Hari tu saya bawa plastik sendiri. Adala dalam 15 kilo. Dia minta RM2.00. maklumlah isi sendiri,plastik sendiri hai isilah banyak-banyak.

Sebelum tu saya beli hampas kelapa (tahi minyak) 10kg RM10.00. Dari bahan ini saya campurkan untuk menjimatkan kos makanan ayam saya.

Campuran yang saya gunakan  Jagung halus 1 bhg, Hampas kelapa 1bhg, Kepala bilis 1bhg, hampas soya 2bhg, daun-daun 1/2 bhg pasir sesudu teh (halus). lain-lain boleh gaul sekali.

nampaknya ayam-ayam saya makan dengan selera sekali. Kalau dulu jagung+dedak+tahi minyak(hampas kelapa) , ayam makan akan kais-kain pilih samada dedak atau jagung. banyak yang terbuang tak dimakan. sekarang nampaknya semua dimakan. ada jugala yang terbuang sebab ayam suka mengais tapi tak banyak.
Banyak dapat jimatkan makanan. Kalau dulu 3hari 6kg jagung + dedak sekarang, jagung hanya 200g sehari. dedak tak bagi lagi.Dulu setiap minggu oder dedak 3 guni, jagung B 1 guni. sekarang dah dekat sebulan saya belum oder lagi-

Kos harian untuk 40 ekor ayam hanya- jagung 0.30 Hampas soya 0.50 hampas kelapa 0.50 kepala bilis 0.30 Daun Free, Wah dikira cuma RM1.60 je. Wah sunguh jimat.

Reban saya reban atas. yang dikais jatuh ketanah. masih ada pembaziran. perlu ubah reban atas tanah.

Rabu, 6 Mac 2013

SENARAI HARGA KRAFTANGAN KAIT

Salam Sejahtera









Hari ni saya nak bagi senarai harga barangan kraftangan dari benang kait.

Ada sesiapa nak berniaga dengan barang-barang ni, boleh lah membuat tempahan kepada 012-7066365.
Dapatkan harga pemborong dari kami dengan tempahan 100 unit/set. Jika oder 100 kebawah kami boleh berikan harga pengedar.

Banyak lagi pilihan . untuk keterangan hubungi 0177063943- Pn Suriana












Khamis, 28 Februari 2013

BABY GIFT- EDISI TERBARU

Salam semua.

Hari ni saya nak tunjukkan set Baby Gift yang terbaru







Saya tunjukkan set baby gift ni sebab ada cerita.

Cerita sebenar:

Pada tahun ni sebenarnya baby dalam keluarga saya telah bertambah. Maklumlah pandai mengait, semua hadiah yang diberi adalah hasil kerja tangan sendiri. Tiga orang anak buah dapat baby baru. 2 orang dapat baby pertama dan seorang baby ke tiga. Sementara sepupu saya dapat juga baby pertama perempuan. Tahniah diucapkan kepada mereka. Anak yang lahir telah ditentukan rezekinya oleh Allah swt.

Rasanya semuanya dapat set baby seperti diatas. cuma warnanya lain la kan.

Sesiapa nak oder satu set RM35.00 + belanja pos RM7.00 = RM42.00
Kalau oder nak jual semula (borong ) dapatlah murah. min oder 100pc.
 Kasut Baby RM12.00 dan topi RM12.00
sila tel 012-7066365







Selasa, 26 Februari 2013

SERANGAN PENYAKIT

Salam.

Bulan Dec 2012 dan Januari 2013 adalah bulan serangan penyakit ayam . Penyakit yang datang menyerang menyebabkan ternakan ayam banyak yang mati dalam sebulan. Ayam yang telah dijangkiti penyakit akan mati dalam tempoh 3 hari. begitu serius virus atau bakteria menyerang. Saya tidak membuat pembedahan untuk melihat kesan dalaman, hanya melihat tanda-tanda luaran sahaja.






Semua reban  banyak yang kosong. Penyakit ini menyerang sistem pernafasan ayam dengan tanda-tanda batuk, selsema, dan sesak nafas. tentu  ia menyerang paru-paru dan ia sangat parah sehinggakan dalam masa tiga hari sahaja ayam yang telah dijangkiti akan mati.

Ni adalah baki ayam yang sakit yang saya pisahkan. Mukanya nampak bengkak dan kebiruan. saya berikan ubat Enchlor dan TetraChlor. Nampak ada perubahan. Asalnya duduk dah boleh berdiri.

Cerita sebenar.
Ternakan saya pada mulanya tidak kena serangan penyakit ni. Tapi bila membeli DOC baru dari kedai haiwan, telah kena infeksi sakit mata. Banyaklah ayam saya yang kena sakit mata dan da yang serius sehingga 6 ekor mati. Saya cari ubat Tiramycin tak dapat. Tak tahu ubat apa lagi nak guna. Biarkan saja yang sakit  tapi saya asingkan tempat lain. semuanya mati. Penyakit ni kalau tak diubat jadi serius.

Kedua, saya beli DOC kampong ori dari kampung sedangkan di kampung telah berlaku serangan penyakit. Mungkin penyakit CRD atau coryza. Sangat serius sehingga banyak koleksi ayam saya mati. 

setelah banyak ayam kena serangan penyakit, sibuklah saya mencari ubat sana sini. Tak jumpa ubat yang berkesan kerana ubat tak kena dengan penyakitnya.  Sebabnya saya pun tak tau penyakit apa yang menyerang ayam tu. Coryza kah, CRD kah , ILBkah atau apa. yang pastinya ia berkaitan pernafasan dan ditambah parah lagi dengan serangan penyakit mata. 2 penyakit sekali serang. Macam 2 dalam satu. 

Saya cuba cari ubat Enflox 100 x dapat. Cari Tiramycin x dapat. . yang saya guna nampak tak berkesan. 
Pegi JPH JB mintak ubat, dia kata tak ada stok. Ada vaksin NV  tapi dah expired tahun 2009. Ni dah tahun 2013. nak buat macamana.  Pegila cari kat kedai haiwan. Cari ubat.

Pengajaran : Jangan membeli ayam yang telah dijangkiti penyakit. Pengalaman ni.
                    sediakan ubat lebih awal . Tidak tercari-cari





Isnin, 25 Februari 2013

KEUNTUNGAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG

Salam semua.
Sebenarnya ramai yang bercita-cita membuat sesuatu projek yang menguntungkan. Tetapi bayangkan sekiranya tiada modal, apa projek pun tak boleh dijalankan. Apa yang boleh dilakukan ialah membuat projek secara kecil-kecilan.

Apabila projek kecil-kecilan, jangan lah pulak mengharapkan pulangan keuntungan yang besar. Sebab ramai juga yang mengira2 dengan membuat projek menternak 100 ekor dah boleh keuntungan yang beribu-ribu.

Disini saya berikan contoh ternakan ayam kampung sebanyak 50 ekor. (ayam kampung kacuk)

Kos anak   2.40   ekor                                 RM120.00
Kos makanan untuk 3 bulan                         RM376.00

Jualan                                                          RM600.00

Keuntungan                                                 RM104.00

. Dengan kos sebanyak RM500 selama tiga bulan, keuntungan yang kita perolehi adalan RM100.00 iaitu sebanyak 20%.. Ini adalah lebih baik jika kita simpan sahaja wang itu.
. Ini adalah projek kecil-kecilan dengan membela sebanyak 50 ekor ayam kampung selama 3 bulan.
Kita x 2 sekiranya membela 100 ekor. yang memberi keuntungan RM200.00
Kita x 20 sekiranya membela 1000ekor yang memberi keuntungan RM2000.00

Begitulah seterusnya keuntungan akan lebih besar sekiranya membela lebih banyak jumlah ayam yang dibela.
Kecil-kecilan ni, tak perlu upah pekerja kerana ia diusahakan secara part time oleh kita sendiri. kalau skala besar, upah pekerja perlu diambil kira.

Lain-lain faktor yang menentukan keuntungan adalah % kematian ayam, dan serangan penyakit. Sekiranya kita boleh memasarkan sendiri, harga mungkin boleh dapat lebih.

Senarai harga  peraih  RM9-RM10.00 sekilo (harga borong)
Harga Tolak ke kedai RM12.50.00 sekilo
Harga Tolak ke kedai siap sembelih RM14.00 sekilo
Harga Runcit RM16.00 sekilo atau lebih (nanti orang tawar)

Pengiraan keuntungan diatas berdasarkan harga terendah iaitu RM9.00 sekilo. Bayangkan sekiranya kita dapat harga yang lebih tinggi?

. Jangan terperanjat sekiranya ternakan kita kena serangan penyakit. boleh jadi rugi. Itu adalah risiko. Berusahalah supaya projek yang kita lakukan akan menjadi skala besar , bukan setakat kecil-kecilan sahaja.


Isnin, 4 Februari 2013

PENGAGA EMBUN

PENGAGA EMBUN

Pengaga memang tidak asing lagi pada kita semua. Hari ni saya nak perkenalkan pengaga Embun. 
I
Inilah gambar Pengaga Embun. Dalam gambar ni mungkin tak dapat mengagak besar manakan tumbuhan ini.
Sebenarnya daunnya halus dan pokoknya kecil . Ia memang sukar ditemui sebab tak ada orang tanam secara komersial. Ia banyak tumbuh dihalaman rumah kita.

Khasiat pengaga embun ni saya tak tau lagi. Mungkin macam pengaga-pengaga yang lain la tu. Untuk merawat kulit dan kecantikan.

Cerita Mengenai Pengaga Embun
Pada suatu hari, salah seorang saudara saya datang kerumah saya. (jalan-jalan la) Sebenarnya saya pun dan tak berapa kenal sebab yalah dah jauh. peringkat mak sepupu punya anak-anaknya. Tapi Mak saya kenal la. Saya pulak kalau terlangar kat jalan pun agaknya tak tau. Tau kalau berbual-bual baru dapat tahu oh sipolan rupanya. Inilah akibat masing-masing sibuk mencari keperluan hidup. Tak boleh disalahkan juga sebab nilai Ringgit sekarang ni dah kecik. Kena berhempas pulas tapi tak payah la kais-kais.

Nak jadi cerita, terpandanglah sedara tu pokok pengaga embun kat rumah saya. Gembira rasa hati dapat berjumpa sebab dah lama mencari. Lama mencari untuk berubat menantunya yang sakit akibat dengki dan khianat orang lain. Kata lain buatan orang.

Alhamdulillah setelah berubat menggunakan Pengaga Embun sebagai salah satu bahan perubatannya, penyakitnya sembuh. Saya tak tau pulak macam mana cara ia diguna sebab yang mengubat tu adalah pengamal perubatan tradisional.



Rabu, 30 Januari 2013

KELADI KOBIS

Salam semua.
Hari ini saya nak post kan gambar Keladi Kobis. 
Sekarang ini sangat susah untuk mendapatkan pokok ini. Dulu masa kecik2 membesar dengan makan sayur pucuk daun kobis. Rasanya memang cukup lazat . Ump.

Inilah gambar Keladi Kobis. Saya ambil gambar dari angle atas. Saya pun tak tau apa nama saintifiknya. Saya bercerita atas dasar pengalaman saja.

Asal usul dibawa oleh orang-orang jepun atau Cina semasa perang jepun dulu. Kalau asal dari sini tak tau pulak. Kecil saya dulu puas makan sayur ni. Macam kobis la. Ia banyak tumbuh melata sampai menjadi semak di kebun getah yang tumbuh berhampiran sekolah saya. Kalau tak ada sayur, mak saya ajak saya petik pucuknya yang masih bergulung kat kebun tu. ambik je tak tanya pun dengan tuannya sebab itu dah jadi rumput / semak , ala macam paku pakis la yang tumbuh kat kebun. Takut juga nak amik kalau -kalau ada ular, maklulah semak. 

Masa tu tak terpikir pulak nak tanam kat kebun sendiri hinggakan sekarang pokok iti dah pupus. alahai dah tak ada lagi. nak cari bukan main susah.

Kemudian bila dah besar ni, adala pokoktu kat rumah sepupu saya. saya cuba juga tanam, ah tak boleh menjadi pulah.  Agaknya tanahnya kering.

Sekarang ni, saya cuba tanam semula dalam polybeg. Wau boleh tahan juga gemuk dan dah keluar anak.
Harap-harap dapatlah saya biakkan.