Pengikut

Sabtu, 17 Januari 2015

Hot Market Dan Tanaman Bukan Pilihan

Hot Market. Barangan yang mempunyai permintaan tinggi. Permintaan yang laris macam goreng pisang panas. Letak apa pun pasti habis. Kalau macam ni kita tanamlah tanaman yang laris , yang senang dijual! 
Biasanya produk macam ni harganya tak tinggi sebab ramai orang tanam. Banyak penawarannya walau banyak permintaannya.


Tanaman bukan pilihan macam kat atas ni Kancing Baju Merah, Temu Pauh, Kunyit Putih dan lain-lain adalah tanaman yang tidak mempunyai permintaan tinggi. Letak kat pasar berkilo-kilo akhirnya busuk kering. Tak ada harga. 

Sesiapa yang mengambil keputusan untuk menanam pokok-pokok yang tidak ada harga seperti ini seperti menempah kerugian berganda. Hanya khazanah warisan  nenek moyang yang menjadikan herba-herba seperti ini tidak ternilai harganya.

Walaupun ia nampak tidak ada harga, dan ramai yang mengharapkan ia begitu rendah harganya seperti barangan yang boleh diperolehi dengan mudah dipasar, sebaliknya harganya sedikit mahal kerana sukarnya mencari atau mendapatkannya ketika ia diperlukan. 

Sebenarnya pokok-pokok herba seperti ini mudah ditanam, tetapi tidak semua orang menanam. Orang yang menanam pula sekadar untuk hiasan atau untuk ada-ada saja dikeliling rumah.Sebab itu apabila seseorang itu perlu, ia boleh mendapatkannya secara percuma samada di rumah jiran atau rakan... percuma je.  Tapi kalau payah nak dapat ia akan menjadi sangat bernilai. Berapa saja harganya akan dibayar kerana untuk mendapatkannya sebab sangat-sangat memerlukannya. Ya mungkin untuk perubatan yang sangat terdesak atau sebagainya.

"Eeee. Ada rupanya awak pokok ni ye. kenapa tak tanam banyak-banyak?".
" Alah buat apa. Buat semak aje. Bukan boleh dijual."
Antara dialog yang pernah saya dengar.

Kesimpulannya bagaimana?

Kisah benar.
Ada seorang pelanggan menghubungi saya bertanyakan tentang bunga kunyit. Saya memang banyak menanam pokok kunyit iaitu kunyit pauh, kunyit putih, kunyit puteri, kunyit lawak (temu la), temu merah. Memang jarang pokok kunyit ni berbungga. Kadang ada juga kunyit ni bebungga (kunyit makan/temu lawak). Tetapi memang jarang. Kebetulan pulak masa pelanggan saya tu nakkan bunga kunyit, tak ada pulak pokok-pokok saya berbungga.

Dipendekkan cerita saya kenalkan pada anak saudara saya. Dia boleh dapat sekuntum bungga kunyit tu. Jadi pelanggan saya tu pun :"sambar tak berlenggah" . macam sedap kalau dibuat tajuk lagu ni.. he..he
Sambar tak berlenggah tu dia letak harga sendiri, Lebih RM100.00 jugak la.

Untuk Apa Bungga Kunyit.
Untuk apa saya tak taula. Tapi kemungkinan besar untuk perubatan tradisional. Kalau sapa tau khasiat perubatan bolehla kongsikan pada saya. Yang saya tahu boleh dibuat singgang ikan dan kecik-kecik dulu saya selalu makan singgang ikan letak bunga kunyit... em Sedap.

Selasa, 13 Januari 2015

Assalamualaikum
Selamat tahun baru 2015. Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi. Bukan apa  tak tahu guna komputer sebenarnya ni. he.he. HP pun dah rosak tu yang tak dapat update  aktiviti tahun 2014. 

Tak pa . Tahun2015 ni nak aktifkan semula menulis. Ah sekadar untuk catatan peribadi je.
Gambar Pokok Kancing Baju Merah.

Baru-baru ni saya ada menuai pokok ni. dah siap dikeringkan. Sesiapa perlukan herba ni boleh call 012-7066365 Sudin atau 017-7063943 -Suriana

Lain kali saya upload gambar herba yang kering. Kapsul dan serbuk pun saya ada.