Pengikut

Ahad, 28 Februari 2016

Benih Keladi Telor

Benih keladi Telor


Sekarang ini Dusuntani sedang mengumpulkan baka-baka keladi (keladi yang boleh di makan)
Setakat ini baka keladi yang ada dalam simpanan Dusuntani adalah
1. Keladi Sarawak
2. Keladi Banten (sebutan jawa)
3. Keladi Mawar
4. Keladi Rakit
5. keladi cina
6. Keladi Sayur (hijau)
7. Keladi Kobis (untuk Sayur)
8. Keladi hijau (tak tau nama) orang panggil keladi rakit juga

Baru-baru ni saya ke Kuala Kangsar Perak. jalan-jalan la kat pasar Tani. terjumpa benih pokok keladi telor. Saya beli dengan harga RM5.00 satu polybag.  Bawa balik kekampung saya tanam dimana didalamnya terdapat 3 anak pokok. Bertambah lagi satu baka keladi dalam simpanan saya iaitu:

9. Keladi telor.
    Katanya buahnya bulat-bulat macam telor. he. ni tengah tunggu hasinya 6 bulan lagi.
    Kaedah saya tanam ialah dengan mengorek lubang sedalam5 inci sebesar gelas. Saya masukkan
    tahi arnab dan saya tanam pokok keladi tersebut. Harap hidup subur.
    senangkan tanam pokok keladi ni. saya korek pakai tangan je. Gunakan sudu tanaman. senang sbb Tanah gambut. lembut.

Baka keladi yang telah pupus dari simpanan saya ( sekarang saya sedang mencari lagi)

10 . Keladi belut. -rasanya enak
11. Keladi Udang- enak juga. pokoknya merah

sesiapa yang ada benih baka ni bolehlah kita bertukat-tukar benih untuk koleksi ye . hubungi 012-7066365 Dusuntani.

Gambar tak dapat saya upload

Ini gambar Keladi Kobis.

Boleh di buat sayur tumis, sayur lemak atau ulam. Biasanya orang cina gunakan daun keladi intuk membuat nasi bungkus.

Sesiapa berminat mendapatkan benih keladi yang saya ada hubungi 012-7066365 Dusuntani harga sepokok RM8.00 Ni harga koleksi bukan harga berladang. Kalau harga berladang akan boleh diaturkan.