Pengikut

Isnin, 25 Februari 2013

KEUNTUNGAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG

Salam semua.
Sebenarnya ramai yang bercita-cita membuat sesuatu projek yang menguntungkan. Tetapi bayangkan sekiranya tiada modal, apa projek pun tak boleh dijalankan. Apa yang boleh dilakukan ialah membuat projek secara kecil-kecilan.

Apabila projek kecil-kecilan, jangan lah pulak mengharapkan pulangan keuntungan yang besar. Sebab ramai juga yang mengira2 dengan membuat projek menternak 100 ekor dah boleh keuntungan yang beribu-ribu.

Disini saya berikan contoh ternakan ayam kampung sebanyak 50 ekor. (ayam kampung kacuk)

Kos anak   2.40   ekor                                 RM120.00
Kos makanan untuk 3 bulan                         RM376.00

Jualan                                                          RM600.00

Keuntungan                                                 RM104.00

. Dengan kos sebanyak RM500 selama tiga bulan, keuntungan yang kita perolehi adalan RM100.00 iaitu sebanyak 20%.. Ini adalah lebih baik jika kita simpan sahaja wang itu.
. Ini adalah projek kecil-kecilan dengan membela sebanyak 50 ekor ayam kampung selama 3 bulan.
Kita x 2 sekiranya membela 100 ekor. yang memberi keuntungan RM200.00
Kita x 20 sekiranya membela 1000ekor yang memberi keuntungan RM2000.00

Begitulah seterusnya keuntungan akan lebih besar sekiranya membela lebih banyak jumlah ayam yang dibela.
Kecil-kecilan ni, tak perlu upah pekerja kerana ia diusahakan secara part time oleh kita sendiri. kalau skala besar, upah pekerja perlu diambil kira.

Lain-lain faktor yang menentukan keuntungan adalah % kematian ayam, dan serangan penyakit. Sekiranya kita boleh memasarkan sendiri, harga mungkin boleh dapat lebih.

Senarai harga  peraih  RM9-RM10.00 sekilo (harga borong)
Harga Tolak ke kedai RM12.50.00 sekilo
Harga Tolak ke kedai siap sembelih RM14.00 sekilo
Harga Runcit RM16.00 sekilo atau lebih (nanti orang tawar)

Pengiraan keuntungan diatas berdasarkan harga terendah iaitu RM9.00 sekilo. Bayangkan sekiranya kita dapat harga yang lebih tinggi?

. Jangan terperanjat sekiranya ternakan kita kena serangan penyakit. boleh jadi rugi. Itu adalah risiko. Berusahalah supaya projek yang kita lakukan akan menjadi skala besar , bukan setakat kecil-kecilan sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan