Pengikut

Selasa, 26 Februari 2013

SERANGAN PENYAKIT

Salam.

Bulan Dec 2012 dan Januari 2013 adalah bulan serangan penyakit ayam . Penyakit yang datang menyerang menyebabkan ternakan ayam banyak yang mati dalam sebulan. Ayam yang telah dijangkiti penyakit akan mati dalam tempoh 3 hari. begitu serius virus atau bakteria menyerang. Saya tidak membuat pembedahan untuk melihat kesan dalaman, hanya melihat tanda-tanda luaran sahaja.






Semua reban  banyak yang kosong. Penyakit ini menyerang sistem pernafasan ayam dengan tanda-tanda batuk, selsema, dan sesak nafas. tentu  ia menyerang paru-paru dan ia sangat parah sehinggakan dalam masa tiga hari sahaja ayam yang telah dijangkiti akan mati.

Ni adalah baki ayam yang sakit yang saya pisahkan. Mukanya nampak bengkak dan kebiruan. saya berikan ubat Enchlor dan TetraChlor. Nampak ada perubahan. Asalnya duduk dah boleh berdiri.

Cerita sebenar.
Ternakan saya pada mulanya tidak kena serangan penyakit ni. Tapi bila membeli DOC baru dari kedai haiwan, telah kena infeksi sakit mata. Banyaklah ayam saya yang kena sakit mata dan da yang serius sehingga 6 ekor mati. Saya cari ubat Tiramycin tak dapat. Tak tahu ubat apa lagi nak guna. Biarkan saja yang sakit  tapi saya asingkan tempat lain. semuanya mati. Penyakit ni kalau tak diubat jadi serius.

Kedua, saya beli DOC kampong ori dari kampung sedangkan di kampung telah berlaku serangan penyakit. Mungkin penyakit CRD atau coryza. Sangat serius sehingga banyak koleksi ayam saya mati. 

setelah banyak ayam kena serangan penyakit, sibuklah saya mencari ubat sana sini. Tak jumpa ubat yang berkesan kerana ubat tak kena dengan penyakitnya.  Sebabnya saya pun tak tau penyakit apa yang menyerang ayam tu. Coryza kah, CRD kah , ILBkah atau apa. yang pastinya ia berkaitan pernafasan dan ditambah parah lagi dengan serangan penyakit mata. 2 penyakit sekali serang. Macam 2 dalam satu. 

Saya cuba cari ubat Enflox 100 x dapat. Cari Tiramycin x dapat. . yang saya guna nampak tak berkesan. 
Pegi JPH JB mintak ubat, dia kata tak ada stok. Ada vaksin NV  tapi dah expired tahun 2009. Ni dah tahun 2013. nak buat macamana.  Pegila cari kat kedai haiwan. Cari ubat.

Pengajaran : Jangan membeli ayam yang telah dijangkiti penyakit. Pengalaman ni.
                    sediakan ubat lebih awal . Tidak tercari-cari





Tiada ulasan:

Catat Ulasan