Pengikut

Selasa, 20 November 2012

HASIL KRAFTANGAN-KAIT DAN SULAM

Sebahagian gambar hasil kerja tangan 




Baik untuk baby gift (hadiah) kepada kawan kawan yang mendapat cahaya mata. Bercirikan bendera Malaysia. Tel 017-7063943

Rabu, 7 November 2012

KUNYIT PUTIH DILANGKAH 3 JANDA

Perubatan Tradisional ni kadang-kadang sangat pelik. Sunguhpun pelik tetapi ada kalanya sangat mujarab. Kadang kala syaratnya yang bukan bukan. Saya bagi satu contoh penyakit kayap, ubatnya adalah dengan mencari Janda berkahwin dengan seorang bujang. Minta kepada pasangan yang bujang (asalnyala , dah kahwin tak bujang lagi. he..) untuk semburkan putik nangka dengan gula merah ke tempat kayap tersebut. Dan sungguh! ia berkesan.

Satu cerita lagi, kisah seseorang yang terkena penyakit kanser. Ubat yang perlu dicari adalah lumut laut dan pokok dedalu api yang tumbuh diatas pokok sirih. Mesti diambil pada hari jumaah. Waduh kan sangat susah dan sedikit pelik. Apapun syarat yang diberikan oleh pengamal perubatan itu sangat berkesan dan boleh pulak barang-barang tu dijumpai. Itulah kalau namanya dah jodoh. Alhamdulillah pesakit tersebut sembuh.

Sekarang saya nak cerita tentang Kunyit Putih dilangkah oleh 3 janda dalam satu keluarga. Kunyit putih ni bukan dilangkah oleh mana-mana 3 orang janda tetapi sebaliknya janda dalam satu keluarga dalam 3 generasi iaitu Nenek, Emak dan Anak dimana ketiga-tiganya adalah berstatus janda. Ingat Status ini bukan boleh dibuat-buat atau dirancang-rancang. Na.. itu semua adalah ketentuan Tuhan yang Maha Esa. 

Apa Agak Khasiat 
Apa agaknya Khasiat Kunyit Putih Dilangkan 3 Janda ni ya? Sebenarnya saya pernah bertemu dengan seorang pengamal perubatan tradisional yang mengatakan bahawa kunyit putih perlu dilangkah oleh 3 janda dalam satu keluarga barulah kunyit putih tersebut mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk tujuan perubatan. Tetapi saya tak bertanya lanjut apakah tujuan perubatan tersebut. (Apa pun kalau saya berjumpa dengan beliau kembali akan saya tanyakan). Sebab saya hanya tau khasiat kunyit putih sebagai salah satu alternatif bagi rawatan kanser. 

Apa pun, sebenarnya KUNYIT PUTIH DILANGKAH 3 JANDA ni ada dalam simpanan saya.(buat ketika ini). Cuma syarat cara ia dilangkah perlu tidak sengaja atau sengaja perlu dijelaskan. Maksud dalam simpanan saya adalah Saya ada Kunyit Putih. Saya ada Pokok Kunyit Putih dan 3 janda ni merupakan  keluarga saya. 
Maksudnya potensi itu ada jika kita membuatnya iaitu suruh mereka melangkah atau sengaja letak depan pintu supaya terlangkah dan.......apa..apa..la kan.

Sebenarnya saya pun masih tidak tahu tentang Kunyit Putih Dilangkah 3 Janda ni. sekiranya ada sesiapa tau boleh kongsikan bersama atau hubungi 012-7066365  ...