Pengikut

Isnin, 11 November 2013

JIMAT KAN KOS MAKANAN AYAM

Salam.
Saya menulis ni sebenarnya untuk saya laksanakan sendiri. Kalau tak tak terlaksana. Untuk menjimatkan kos makanan ayam saya beli kepala ikan bilis sekilo RM1.00. Saya beli 8 kilo. asalnya nak beli 10-20 kilo. tapi bekalan cuma ada 8 kilo.

Saya beli di pasaraya. Orang semua pandang saya " hui, banyaknya beli kepala ikan bilis'.  Nak buat apa ya. Saya pernah tanya penjual tu, orang beli nak buat apa. Bagi makan ayam kan?. "Tak lan dia buat sambal".
Wau. Penjual buat sambal menggunakan kepala dan tahi ikan bilis.

Seterusnya saya beli hampas soya. Selalu saya beli RM2.00 seplastik kira-kira 3-5kilo. Hari tu saya bawa plastik sendiri. Adala dalam 15 kilo. Dia minta RM2.00. maklumlah isi sendiri,plastik sendiri hai isilah banyak-banyak.

Sebelum tu saya beli hampas kelapa (tahi minyak) 10kg RM10.00. Dari bahan ini saya campurkan untuk menjimatkan kos makanan ayam saya.

Campuran yang saya gunakan  Jagung halus 1 bhg, Hampas kelapa 1bhg, Kepala bilis 1bhg, hampas soya 2bhg, daun-daun 1/2 bhg pasir sesudu teh (halus). lain-lain boleh gaul sekali.

nampaknya ayam-ayam saya makan dengan selera sekali. Kalau dulu jagung+dedak+tahi minyak(hampas kelapa) , ayam makan akan kais-kain pilih samada dedak atau jagung. banyak yang terbuang tak dimakan. sekarang nampaknya semua dimakan. ada jugala yang terbuang sebab ayam suka mengais tapi tak banyak.
Banyak dapat jimatkan makanan. Kalau dulu 3hari 6kg jagung + dedak sekarang, jagung hanya 200g sehari. dedak tak bagi lagi.Dulu setiap minggu oder dedak 3 guni, jagung B 1 guni. sekarang dah dekat sebulan saya belum oder lagi-

Kos harian untuk 40 ekor ayam hanya- jagung 0.30 Hampas soya 0.50 hampas kelapa 0.50 kepala bilis 0.30 Daun Free, Wah dikira cuma RM1.60 je. Wah sunguh jimat.

Reban saya reban atas. yang dikais jatuh ketanah. masih ada pembaziran. perlu ubah reban atas tanah.