Pengikut

Isnin, 4 Februari 2013

PENGAGA EMBUN

PENGAGA EMBUN

Pengaga memang tidak asing lagi pada kita semua. Hari ni saya nak perkenalkan pengaga Embun. 
I
Inilah gambar Pengaga Embun. Dalam gambar ni mungkin tak dapat mengagak besar manakan tumbuhan ini.
Sebenarnya daunnya halus dan pokoknya kecil . Ia memang sukar ditemui sebab tak ada orang tanam secara komersial. Ia banyak tumbuh dihalaman rumah kita.

Khasiat pengaga embun ni saya tak tau lagi. Mungkin macam pengaga-pengaga yang lain la tu. Untuk merawat kulit dan kecantikan.

Cerita Mengenai Pengaga Embun
Pada suatu hari, salah seorang saudara saya datang kerumah saya. (jalan-jalan la) Sebenarnya saya pun dan tak berapa kenal sebab yalah dah jauh. peringkat mak sepupu punya anak-anaknya. Tapi Mak saya kenal la. Saya pulak kalau terlangar kat jalan pun agaknya tak tau. Tau kalau berbual-bual baru dapat tahu oh sipolan rupanya. Inilah akibat masing-masing sibuk mencari keperluan hidup. Tak boleh disalahkan juga sebab nilai Ringgit sekarang ni dah kecik. Kena berhempas pulas tapi tak payah la kais-kais.

Nak jadi cerita, terpandanglah sedara tu pokok pengaga embun kat rumah saya. Gembira rasa hati dapat berjumpa sebab dah lama mencari. Lama mencari untuk berubat menantunya yang sakit akibat dengki dan khianat orang lain. Kata lain buatan orang.

Alhamdulillah setelah berubat menggunakan Pengaga Embun sebagai salah satu bahan perubatannya, penyakitnya sembuh. Saya tak tau pulak macam mana cara ia diguna sebab yang mengubat tu adalah pengamal perubatan tradisional.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan