Pengikut

Isnin, 5 April 2021

JENIS JENIS KELADI

KELADI MINYAK (HIJAU)

KELADI RAKIT

KELADI SARAWAK

KELADI MINYAK (PUTIH)

KELADI MAWAR

KELADI HIJAU (SAYUR)

KELADI LAMBOK (KOBIS)

KELADI CINA

JENIS KELADI
Terdapat beberapa jenis keladi yang dapat saya kumpulkan. Anak anak sekarang tak pandai nak makan keladi. Mereka lebih kenal nugget, sausage, chicken wing, drumstik,  dll. 

Kita sendiri pun rasanya tak tahu macamana nak mempelbaagaikan masakkan dari keladi ini. Disini saya nak bercerita sedikit tentang masakan keladi. Setiap keladi lain cara memasaknya. Keladi apa tak boleh dibuat pengat. Keladi yang mana boleh dinuat sayur, keladi mana sedap digoreng .

Sayur.
Keladi yang boleh dibuat sayur ialah keladi lambuk, keladi hijau, keladi putih dan beberapa jenis  lagi tetapi perlu tahu cara memasaknya. jika tidak masa dimakan nanti akan rasa gatal. Keladi lambuk sedap ditumis, masak lemak atau dibuat ulam . keladi sayur boleh masak lemak dengan siput atau masak asam rebus. Untuk dibuat sayur kita guna pokok dan batang. bukan buahnya.

Pengat
Pengat atau bubur keladi memang sedap. Ambil buahnya, kupas buang kulit, potong kecil2 dan rebus. masukkan garam dan gula serta santan. Dah siap pengat keladi . Kalau anda semua nak tahu saya pandai masak pengat. Nak rasa masakkan saya PM 0127066365 He He He.

Makan rebusan keladi pun sedap. cicah hampas kelapa yang digaul dengan gula atau gula merah. Keladi yang dah direbus ditumbuk lembut dinamakan getuk. 

Keladi sarawak saya suka masak lemak atau masak air. masukkan soon atau mee hoon. 

Daun keladi boleh dibuat bungkus masakan sambal petai. Resepi ini diberitahu oleh Wak Muzakir , Sahabat saya dari Indonesia. Nanti saya nak belajar cara-cara memasaknya. Dah saya cuba dan sedap , saya akan kongsi disini.

Banyak lagi kegunaan dan cara memasak keladi ni.  Untuk buat game pun boleh . Aduh terkenang zaman kanak2 . nakal sunguh. Dengan daun keladi boleh kenakan game pada kawan2. ha ha ha. Saya dah lupa. tapi kawan yang kena game tak lupa kenangan itu. Bayangkan dengan peralatan lampu minyak tanah, minyak masak, dan daun keladi boleh jadi peralatan melihat toyol. Adoi... 

Itulah keseronokan zaman kanak2. Zaman sekarang kanak-kanak main game. main hp sahaja. 

teknologi berubah. semua nak pantas. 

Nak tau cara pinjaman Arrahnu  secara pantas. On line PM saya 0127066365  Md Sudin Korop



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan