Pengikut

Isnin, 22 Oktober 2012

MENUAI HASIL KELADI TIKUS

Pada hari sabtu yang lepas , saya menjalankan aktiviti menuai hasil keladi tikus yang telah ditanam lebih enam bulan yang lalu.





Kerja-kerja dimulakan dengan mencabut, memilih buah keladi, mengasingkan dengan buah yang kecil, basuh buah keladi, hiris dan jemur. Buah yang kecil atau anak keladi yang kecil akan ditanam semula. 

Proses tanam semula.
Penyediaan tanah iaitu saya gunakan tanah kompos hitam (Tanah gambutla.) top soil dan abu bakar ditambah dengan sisa tahi ayam sebagai bahan organik. Selepas medium tanah disediakan , masukkan kedalam polybag atau pasu lalu tanamlah benih keladi tikus. tunggulah hasilnya kira-kira 6 bulan akan datang.

Hasil Tuaian
Hasil tuaian saya keringkan untuk dijadikan kapsul. Kalau nak oder bolehla call 012-7066365 Dusuntani. Kalau perlukan keladi yang segar juga boleh hubungi saya.

Khasiat Keladi Tikus
Sebenarnya keladi tikus ni berkhasiat untuk mengubati kanser. Cara menggunanya adalah dengan meminum jus keladi tikus atau kapsul keladi tikus (lebih mudah pengambilannya) Jika kita minum jus keladi tikus yang segar, akan terasa gatal di tekak. Tetapi demi untuk sihat, tak perlu risau gatal sedikit. Untuk lebih mudah pengambilan ialah dengan memakan kapsul. 1 hari perlu 6-8 kapsul baru nampah keberkesanannya. bermakna 1 bulan perlu 180 biji. Itu pun kadar yang minima dan ia juga bergantung kepada keperluan seseorang sebab setiap seorang tak sama nisbah pengambilannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan