Pengikut

Rabu, 24 Oktober 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Selamat Hari Raya korban untuk semua.
Pada hari raya tahun ni saya nak pakai baju melayu johor siap dengan songkok hitam dan samping. Sembahyang jumaat pula saya nak pakai baju melayu dengan kain tetapi pakai kopiah kait.

Nak cerita sikit pasal kopiah kait. Kopiah kait ni saya beli masa bujang dulu. Pakai sekali-sekali sahaja. rasanya dah sepuluh tahun tapi masih nampak baru. Masih elok lagi. Boleh pakai la.

Nanti saya up load gambar kopiah saya yang dah 10 tahun tu ye...

Hari ni saya nak uploadkan gambar burung saya.

Merbah Jambul.

Ada cerita tentang merbah ni. Saya dah bela hampir 6 bulan. Dah jinak dengan saya. Saya beri makan dedak burung dan betik. Pisang dia tak berapa suka, tapi kalau betik cukup sukala. satu hari tu burung ni dah lepas. Tak pa la dah bukan rezeki . Tapi burung ni tak nak terbang jauh, asik hinggap kat dalam kawasan ni je. Saya datang dia tak terbang jauh. Lepastu dia hingap kat sangkar kosong . Pas tu saya letak betik dalam sangkar tu. Tak lama dia masuk sendiri dan duduk dalam . Apa lagi saya pun tangkap la semula. oh masih rezeki rupanya. Ye la. beli pun harga mahal. Kalau terbang , duit pun turut terbang jugak la kan.
 Hai minat punya pasal . Nasib baik masa ni bela tak perlu lessen. Kau masih nak bertuankan aku lagi.

1 ulasan:

  1. The sands casino | Gaming | septasino.com
    Welcome to The Sands Casino®! As one 샌즈카지노 of the largest gaming destinations in the world, The Sands is your หารายได้เสริม premier spot 바카라 사이트 to experience gaming in

    BalasPadam