Pengikut

Isnin, 8 Oktober 2012

Perkembangan Kopiah kait

Rasa lama tak menulis. Sebelum raya sampai sekarang. Nak cerita perkembangan semasa. Alhamdulilah jualan kopiah di bazar hari raya hari tu menggalakkan. Jadi lebih semangat nak buat untuk stok akan datang. 

Projek terbaru  dapat tempahan dari sekolah Tadika Di Ceras. Perlu siapkan tempahan kalau ikut target akhir november. Nanti saya upload gambar kopiah untuk tatapan semua. Kalau ikutkan pengiraan memang tak sempat , tapi akan buat sedaya upaya sebab ni clien baru, mesti tunjukkan yang kita boleh penuhi barulah boleh dipercayai. Maklumlah tempahan Sekolah Tadika sediada ni pun belum siap lagi. Tapi biasanya boleh diselesaikan megikut tarikh yang ditetapkan. buat masa ni la. 

Untuk mengatasi masalah ni (nak kejar target punya pasal) dusuntani dah pun mula melatih 2-3 orang pengait-pengait tambahan. Masih dalam latihan lagi, belum mahir lagi. Nanti kalau dah mahir selamatlah jari-jari ni dari bengkok. he.he

Tiada ulasan:

Catat Ulasan